Sedang ingin Bercinta-dewa19




dealova




berkecek-kecek dengan won


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Friday, August 15, 2008
mandi-manda dipantai

"aku teringin sangat". Noja

'teringin apa dik?". Aku

"teringin nak tanam kakak aku". Noja

"jahanam mung dik!! Mung nak tanam aku idop˛?' aku. Sambil kuis-kuis kaki cantik aku digigi air.

"bukan mung. Aku nak tanam Ipok!!". Noja. Dan dia ketawa mcm penjahat "ha!ha!ha!"

aku pon sama. Ketawa macam penjahat.

Petang tu, bukan saja aku. Ramai yang turut tolong tanam Ipok idop˛..

Suatu senja. di pantai tanjung bidara, melaka. tarikhnya yang sudah aku lupa.


Posted at 06:27 pm by won_1981
 

Tuesday, August 12, 2008
won dah balik. balik dengan topi biru.

Bonda selau pesan, kalau nak keluar rumah lama. lama. lama. lagi baru balik, jgn tutup tingkap nako rapat˛ biar ada udara masuk dalam rumah. Barulah bila balik. Rumah tak berbau hapak.

Pesan bonda aku tak lupa.

:

:

:

:

Wahhh!! Rasa segar bila kembali menulis disini.

satu lagi pesanan. bukan dari bonda. tapi dari arwah mek (nenek won) "masuk dalam rumah buang topi tu" won tersengih˛ bila mek cakap macam tu. rasa malu pon ada.

 


Posted at 08:28 pm by won_1981
Komen Skeettt!!  

Saturday, July 28, 2007
Adik saya demam..

"Sekarang musim demam won"

"ye ke Tuan Doketer??"

"Ya, ini ubatnya. Pastikan adik-adik kamu makan obat ikut aturan"

" baik Tuan Doketer"

Pagi tadi. Aku lihat dahi Noja sudah berpeluh. Ipok pula sudah mandi.

Terima kasih Tuhan.

Terima kasih Tuan Doketer.

 

 


Posted at 03:45 pm by won_1981
Comments (2)  

Saturday, December 09, 2006
hai!!

Otak dah jadi tumpul. Tangan pon dah kekok untuk menekan-nekan kibod. Betullah kata cikgu bahasa aku dulu. Menulis bukan saja terapi yang bagus kerana kita dapat meluahkan apa yang kita tak dapat luahkan dengan perkataan, ia juga satu sessi untuk menajamkan minda selain dari kesan sampingannya kita makin mahir menaip. 

Setiap hari, samada didalam perjalanan pergi atau balik ke loji kumbahan najis, aku tidak pernah lupa untuk merindui blog ini.

Kalaulah masa itu ada. Setiap hari aku akan menulis disini.

Kalaulah...


Posted at 08:33 am by won_1981
Komen Skeettt!!  

Saturday, October 07, 2006
Tempat kerja baru

Budaya kerja opis lama dengan opis baru sangat berbeza. Masa kerja pula jauh lebih menyelesakan aku. Bukan mahu memburuk-burukkan tempat kerja lama, nanti aku dikata kacang yang lupakan kulit pula. Namun inilah yang aku rasa sekarang. Sungguh selesa dan terasa seperti benar-benar bekerja. Bila rakan-rakan sepejabat membuat kita tak ubah seperti keluarga sendiri seperti aku sekarang, rasa sungguh seronok dan bersemangat untuk ketempat kerja.

Walaupon begitu sibuk hinggakan tiada masa melayan Jasmeen, Ochee, Deqna, Cik Pora Abg samurai, serindit1906, Affie, kak nur di cikgu.net ataupon y.m, aku masih terasa begitu teruja untuk bertugas. Kalau dulu, jika tidak melayari internet sambil bekerja, aku kelihatan seperti ayam berak kapur. Sehari tidak dapat bersembang dengan mereka diruang maya, aku jadi tidak keruan. Satu drawing pon aku tak boleh siapkan. Dan kini, bukanlah pula aku mula melupakan mereka, tak pernah walau sedetik. Mereka dan chatters-chatters yang lain pernah bergelak ketawa dengan aku, pernah berkongsi cerita, mana mungkin terlalu mudah untuk melupakan sebuah persahabatan yang terjalin meskipon didalam maya. Bahkan, persahabatan kami terjalin sehingga diluar ini.

Manusia akan berubah dari hari kehari. Disini, hanya budaya kerja aku yang banyak berubah, tapi tidak keinginan dan kesukaan aku menulis blog, bersembang di ym ataupon cikgu.net. Jika ada masa yang terluang dan tidak perlu ke site, insyaallah aku akan luangkan masa bersama kalian.


Posted at 08:41 am by won_1981
Comment (1)  

Next Page