Sedang ingin Bercinta-dewa19




dealova




berkecek-kecek dengan won


   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, October 05, 2006
16 hari yang penuh dengan selera

Bila menjelang tengah hari, bonda akan menanyakan anak-anak apa yang mahu dimakan untuk berbuka puasa. Tidak pernah dalam ingatan aku bonda memasak tanpa menanyakan kami terlebih dahulu apa yang mahu kami makan. Rupanya sifat bonda ini diwarisi dari ibunya. Arwah Mek yang amat kami rindu. Kata bonda, semasa dia kecil dahulu, sebelum memasak Arwah akan bertanyakan anak-anak terlebih dahulu. Dan kini bonda lakukan perkara yang sama kepada kami.

Selera bonda dan kami adik beradik sangat berbeza. Tapi beliau tetap akan memasak apa yang kami mahu. Kami pula. Amat jarang bertanyakan bonda. Yang kami tahu, bonda selalu memasak apa yang kami mahu makan. walaupon perkara ini dipandang remeh oleh sesetengah orang, tapi tidak bagi aku, ini selalu mengingatkan diri aku bahawa kasih bonda pada kami adik beradik tiada batasnya.

16 hari berada dikampung membuatkan hati aku begitu sedih apabila mengenangkan semua ini setelah kembali semula ke Kuala Lumpur. Setiap hari bonda memasak makanan kegemaran aku. Inilah perkara yang amat istimewa berlaku dalam 16 hari berada disamping bonda. Sungguh indah rasanya bila diri disayangi. Terutamanya Ibu kita sendiri. Tidak. Aku tidak berlebih-lebih dalam soal ini. Bukan mahu menunjukkan betapa diri ini disayangi ibu, tapi sesuatu perkara yang kecil itu, kadang-kadang menjadi begitu bermakna buat aku.


Posted at 05:32 pm by won_1981
Komen Skeettt!!  

Tuesday, September 26, 2006
Ramadhan datang lagi...

…. SELAMAT BERPUASA. Ramadhan yang pertama tahun ini aku sambut kat kampung. Walaupon sedikit ralat tanpa kehadiran adinda² terchenta, kami sekeluarga tetap menyambut kedatangan bulan mulia ini dengan penuh rasa syukur.

 

…. BAZAAR RAMADHAN aku kunjungi setiap hari untuk menambah juadah buat santapan kami sekeluarga. Rasanya sungguh lain bila berpuasa dikampung sendiri. Segala-galanya nampak sempurna dimata aku.

 

…. SAMPAI kita ketemu lagi di Entry yang mendatang. Aku masih lagi bercuti dan terus-terusan bercuti. Mahu saja aku menghabiskan puasa sehingga kedatangan Syawal dikampung. Kalian semua jaga diri dan peribadi. Biar semuanya berjalan dengan molek dibulan yang mulia ini.


Posted at 12:20 pm by won_1981
 

Saturday, September 09, 2006
pasar borong wakaf che yeh

Semasa dikampung tempoh hari. Aku ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh sebanyak dua kali. Kali yang pertamanya. Aku, Ipok & Noja pulang dengan tangan kosong. Kami tidak membeli apa-apa. Kerana sangka kami Pasar Borong itu sudah dirobohkan. 6 bulan tidak pulang ke Kelantan membuatkan aku begitu dungu. Pasar Borong yang menjadi tempat segelintir rakyat Kelantan mencari rezeki untuk berniaga selain Pasar Siti Khadijah tidak mungkin akan dirobohkan sewenang-wenangnya. Tempat inilah membuatkan Wakaf Che Yeh yang terletak tidak jauh dari Bandar Kota Bharu kelihatan begitu hidup dan meriah biarpun menjelang lewat malam.

 

Disitu terdapat berbagai-bagai barangan terjual. Kalau kalian pergi kesana, dari jauh akan kelihatan kasut-kasut jenama Dr. Martin, Caterpillar, Camel dan berbagai lagi kasut lelaki yang original tetapi buruk digantung dalam satu tali yang berlingkar-lingkar. Terdapat lagi kain ela dan kain baju kurung yang cantik dan murah digantung. Kain tudung juga dijual dengan begitu murah. Ada yang digantung dan ada juga yang dilambak keatas kanvas bagi menyenangkan pembeli memilih. Disini. Sungguh meriah dengan jerit pekik penjual yang melelong harga barangan mereka. Kalian juga akan dihiburkan dengan lagu-lagu dikir barat yang lunak.

 

Tapak Pasar Borong telah beralih beberapa kilometer kebelakang dari tempat yang asal. Tapak Pasar borong yang baru ini dilengkapi dengan tempat parkir kereta yang banyak. Rm 1.00 sekali masuk. Sungguh selesa dan tertatur Pasar Borong yang baru ini.  Kami kesana untuk kali kedua lewat jam 11 malam. Usai menjeguk adik perempuan Bonda yang bongsu. Keluar sahaja dari kereta, hujan sudah mula turun renyai-renyai jatuh membasahi kepala kami. Walaupon hujan, kami masih dapat mendengar dari jauh keriuhan tawar menawar penjual dan pembeli.

 

Sekali kalian kesana, pasti mahu pergi berkali-kali lagi. Bukan sahaja kerana barangannya murah ianya juga kerana peniaga-peniaga Kelantan begitu ramah sekali. Ada juga peniaga yang terdiri dari anak muda yang nakal. Tapi itu semua tidak perlu disimpan didalam hati. Janji. Setiap kali pulang ke Kelantan, kami mahu kesana lagi.

NOTA KAKI BANGKU: Jasmeen, won tidak membuka ruangan komen untuk sementara. Ini adalah kerana Won tidak tahu bila lagi akan membuat Entry yang baru kerana akan bercuti semula Kekampung. Nanti tidak sopan pula kelihatan Tuan Rumah Tidak melayan tetamu. SELAMAT semua!! Jaga diri baik-baik.


Posted at 04:43 pm by won_1981
 

Thursday, September 07, 2006
So Long Tokey!!

Tengah hari itu. Aroma tahi kucing peliharaan bonda begitu menusuk kedalam lubang hidung kami. Kucing bonda yang sebanyak 9 ekor dapat kami lihat dari jauh. Mereka sekelompok mengejar pepatung dilaman rumah bonda.

 

Genap 7 hari aku melepaskan rindu. Semalam. Aku berdua sahaja dengan Ipok pulang semula ke Kuala Lumpur.

 

Sudah tertulis barangkali. Yang hari ini aku perlu mengemaskan semua barang-barang kepunyaan aku untuk dibawa pulang. Mug yang tak berbasuh sudahpon siap aku sabun bersih-bersih pagi tadi. Segala dokumen peribadi aku sudah siap berbungkus. Hari ini. Adalah hari terakhir aku berkhidmat dengan Tokey Cino. Aku mahu beralih angin. Memulakan pekerjaan baru. 4 tahun kerjanya melukis pelan. Kadang-kadang disuruhnya aku melukis longkang, jamban, pejabat, kilang dan batang-batang rasuk. Dan kadang-kadang juga Tokey akan menyuruh aku melukis papantanda DILARANG MASUK. SAFETY FIRST. Katanya hendak digantung didalam kilang. Aku ikut saja. Kerana itu memang kegemaran aku.

 

Sesudah tamat pengajian bulan 6 yang sudah. Aku mula berpikir-pikir. Kerja melukis pelan ini tidak akan membawa aku kemana-mana. Kerana saban hari aku hanya membuat kerja yang sama. Balik-balik melukis pandangan depan, pandangan atas, dan plan. Jadi aku mula memikirkan satu pekerjaan yang baru. Yang sesuai dan yang layak dengan aku. Yang lebih dinamik.

 

Nanti-nantilah. Akan aku ceritakan pada kalian apa jenis pekerjaan baru aku itu. Sebab aku pon belum pernah rasa. Maklumlah pengalaman pertama. Kalau jadi, kalau umurku panjang 2-10-06 aku mula berkhidmat ditempat kerja baru. Kerja yang selalu dekat dengan kegunaan harian kalian.

Posted at 09:35 am by won_1981
 

Wednesday, August 30, 2006
kitabalikkampung

Musim cuti sekolah bertembung pula dengan cuti semester universiti. Ditambah lagi dengan cuti hari kemerdekaan. Rata-rata kaunter menjual tiket di Stesyen Bas Putra menampal 'SOLD OUT' untuk tiket 30 hb bulan malam. Bahkan esoknya. Lusanya juga sudah tiada tiket.

 

Aku. Pulang kekampung untuk menghantar 2 adinda tersayang. Ipok dan Noja. Bersama kami. Ada lagi seorang sepupu. Yang juga tidak sempat membeli Tiket.

 

Jadi, pada fajar menyinsing 31hb ni, kami 4 nona manis akan meredah malam dan menyusuri jalan-jalan bengkang bengkok, bukit tinggi, bukit rendah bermula dari KUALA LUMPUR-TOL GOMBAK-RAUB-KUALA LIPIS-GUA MUSANG-KUALA KRAI-KETEREH sehingga sampai kerumah kami Kg Kayu Rendang. Melor. Mungkin kami akan sampai kerumah Bonda menjelang tengah hari.

 

Doakan kami selamat pergi dan selamat pulang. Selamat bercuti dan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-49

 

Berkibarlah! Berkibarlah! Jalur Gemilang!!

Posted at 12:11 pm by won_1981
Comments (3)  

Previous Page Next Page