won
mandi-manda dipantai
"aku teringin sangat". Noja
'teringin apa dik?". Aku
"teringin nak tanam kakak aku". Noja
"jahanam mung dik!! Mung nak tanam aku idop˛?' aku. Sambil kuis-kuis kaki cantik aku digigi air.
"bukan mung. Aku nak tanam Ipok!!". Noja. Dan dia ketawa mcm penjahat "ha!ha!ha!"
aku pon sama. Ketawa macam penjahat.
Petang tu, bukan saja aku. Ramai yang turut tolong tanam Ipok idop˛..
Suatu senja. di pantai tanjung bidara, melaka. tarikhnya yang sudah aku lupa. </description>
won dah balik. balik dengan topi biru. 
Bonda selau pesan, kalau nak keluar rumah lama. lama. lama. lagi baru balik, jgn tutup tingkap nako rapat˛ biar ada udara masuk dalam rumah. Barulah bila balik. Rumah tak berbau hapak.
Pesan bonda aku tak lupa. 
Wahhh!! Rasa segar bila kembali menulis disini.
satu lagi pesanan. bukan dari bonda. tapi dari arwah mek (nenek won) "masuk dalam rumah buang topi tu" won tersengih˛ bila mek cakap macam tu. rasa malu pon ada.
Adik saya demam..
"Sekarang musim demam won"
"ye ke Tuan Doketer??"
"Ya, ini ubatnya. Pastikan adik-adik kamu makan obat ikut aturan"
" baik Tuan Doketer"
Pagi tadi. Aku lihat dahi Noja sudah berpeluh. Ipok pula sudah mandi.
Terima kasih Tuhan.
Terima kasih Tuan Doketer.
hai!!
      <description>Otak dah jadi tumpul. Tangan pon dah kekok untuk menekan-nekan kibod. Betullah kata cikgu bahasa aku dulu. Menulis bukan saja terapi yang bagus kerana kita dapat meluahkan apa yang kita tak dapat luahkan dengan perkataan, ia juga satu sessi untuk menajamkan minda selain dari kesan sampingannya kita makin mahir menaip. 
Setiap hari, samada didalam perjalanan pergi atau balik ke loji kumbahan najis, aku tidak pernah lupa untuk merindui blog ini. 
Kalaulah masa itu ada. Setiap hari aku akan menulis disini.
Kalaulah...</description>
Tempat kerja baru
      <description>Budaya kerja opis lama dengan opis baru sangat berbeza. Masa kerja pula jauh lebih menyelesakan aku. Bukan mahu memburuk-burukkan tempat kerja lama, nanti aku dikata kacang yang lupakan kulit pula. Namun inilah yang aku rasa sekarang. Sungguh selesa dan terasa seperti benar-benar bekerja. Bila rakan-rakan sepejabat membuat kita tak ubah seperti keluarga sendiri seperti aku sekarang, rasa sungguh seronok dan bersemangat untuk ketempat kerja.
Walaupon begitu sibuk hinggakan tiada masa melayan Jasmeen, Ochee, Deqna, Cik Pora Abg samurai, serindit1906, Affie, kak nur di cikgu.net ataupon y.m,... (more)</description>
16 hari yang penuh dengan selera
      <description>Bila menjelang tengah hari, bonda akan menanyakan anak-anak apa yang mahu dimakan untuk berbuka puasa. Tidak pernah dalam ingatan aku bonda memasak tanpa menanyakan kami terlebih dahulu apa yang mahu kami makan. Rupanya sifat bonda ini diwarisi dari ibunya. Arwah Mek yang amat kami rindu. Kata bonda, semasa dia kecil dahulu, sebelum memasak Arwah akan bertanyakan anak-anak terlebih dahulu. Dan kini bonda lakukan perkara yang sama kepada kami.
Selera bonda dan kami adik beradik sangat berbeza. Tapi beliau tetap akan memasak apa yang kami mahu. Kami pula. Amat jarang bertanyakan bonda. Yang... (more)</description>
Ramadhan datang lagi...
      <description>…. SELAMAT BERPUASA. Ramadhan yang pertama tahun ini aku sambut kat kampung. Walaupon sedikit ralat tanpa kehadiran adinda˛ terchenta, kami sekeluarga tetap menyambut kedatangan bulan mulia ini dengan penuh rasa syukur.
…. BAZAAR RAMADHAN aku kunjungi setiap hari untuk menambah juadah buat santapan kami sekeluarga. Rasanya sungguh lain bila berpuasa dikampung sendiri. Segala-galanya nampak sempurna dimata aku. 
…. SAMPAI kita ketemu lagi di Entry yang mendatang. Aku masih lagi bercuti dan terus-terusan bercuti. Mahu saja aku menghabiskan puasa sehingga kedatangan Syawal dikampung.... (more)</description>
pasar borong wakaf che yeh
So Long Tokey!!
      <description>Tengah hari itu. Aroma tahi kucing peliharaan bonda begitu menusuk kedalam lubang hidung kami. Kucing bonda yang sebanyak 9 ekor dapat kami lihat dari jauh. Mereka sekelompok mengejar pepatung dilaman rumah bonda.
Genap 7 hari aku melepaskan rindu. Semalam. Aku berdua sahaja dengan Ipok pulang semula ke Kuala Lumpur. 
Sudah tertulis barangkali. Yang hari ini aku perlu mengemaskan semua barang-barang kepunyaan aku untuk dibawa pulang. Mug yang tak berbasuh sudahpon siap aku sabun bersih-bersih pagi tadi. Segala dokumen peribadi aku sudah siap berbungkus. Hari ini. Adalah hari terakhir... (more)</description>
kitabalikkampung
      <description>Musim cuti sekolah bertembung pula dengan cuti semester universiti. Ditambah lagi dengan cuti hari kemerdekaan. Rata-rata kaunter menjual tiket di Stesyen Bas Putra menampal 'SOLD OUT' untuk tiket 30 hb bulan malam. Bahkan esoknya. Lusanya juga sudah tiada tiket.
Aku. Pulang kekampung untuk menghantar 2 adinda tersayang. Ipok dan Noja. Bersama kami. Ada lagi seorang sepupu. Yang juga tidak sempat membeli Tiket.
Jadi, pada fajar menyinsing 31hb ni, kami 4 nona manis akan meredah malam dan menyusuri jalan-jalan bengkang bengkok, bukit tinggi, bukit rendah bermula dari KUALA LUMPUR-TOL... (more)</description>